Isnin, 13 April 2015

DroNote Versi 2

Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera buat semua warga pendidikan yang saya hormati.

     Sedar atau tidak, dah empat bulan kita berada dalam tahun 2015. Cepatnya masa berjalan. Pejam celik, pejam celik, Peperiksaan Pertengahan Tahun pun hampir tiba.

     Tahun ini saya membuat sedikit pengubahsuaian terhadap DroNote yang saya uploadkan. Versi baharu ini, isi-isi penting atau kata kunci akan diwarnakan dan grafik juga akan dimasukkan bagi menjelaskan lagi penjelasan fakta agar pelajar dapat menghafal fakta berdasarkan 'keyword' dan 'imej'.

     Beberapa subjek baru akan diupload bagi merancakkan lagi pembacaan dan mengulangkaji. Insya Allah diharapkan pada tahun ini tercapailah impian saya untuk menjadikan smartphone sebagai 'one gadjet source' iaitu dengan smartphone, pelajar boleh membaca dan mengulangkaji 'semua' mata pelajaran yang diambil.

     BACALAH di mana-mana sahaja dan BACALAH pada bila-bila masa yang anda suka. Cuma diharapkan sebelum membaca nota yang ringkas dan padat, perlulah anda membaca BUKU TEKS terlebih dahulu.

     Sekian dulu dari saya. Kalau ada maklum balas, bolehlah email saya. Jika terdapat kekurangan dan kelemahan, saya mohon maaf. Saya doakan agar pelajar-pelajar akan sentiasa memperoleh kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi.

    Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan