Jumaat, 26 Disember 2014

SPEED READING .... seronoknya.

Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera.

2015 ... cepatnya masa berlalu. Tahun ini saya ingin memperkenalkan kaedah baru dalam membaca dengan menggunakan smartphone. Tentu ramai yang bertanya kenapa saya terlalu menekankan penggunaan smartphone dalam membaca dan membuat ulangkaji. Sebabnya ... kini ramai pelajar sudah memiliki smartphone, terutama sekali smartphone Android. Kita pun tahu bahawa para pelajar susah nak berenggang dengan HP kesayangan mereka, jadi jika ada bahan bacaan seperti nota maka mereka akan meluangkan masa untuk membacanya walaupun tidak lama. Takkan setiap saat mereka bermain game, berfacebook dan berwhatsapp ...

Speed Reading dengan HP ini sangat mudah digunakan. Bahan bacaannya dapat dimuat turun dari website ini nanti dan saiznya pun kecil. Setelah beberapa percubaan oleh saya dan beberapa orang pelajar, kaedah ini sangat sesuai kerana pelajar dapat memberi tumpuan yang penuh semasa membaca. Pembacaannya pun tidak sama seperti yang biasa kita buat.

Langkah yang perlu dilakukan
1. search Speed Reading pada Play store.
2. Install SPEED READER oleh P Garrison. Ianya percuma dan mudah digunakan.
3. Cuba dulu bahan bacaan yang disediakan dalam SR itu. Bahan bacaan untuk mengulangkaji akan saya upload di website ini kemudian.

Keterangan lanjut bolehlah email saya.

Sekian terima kasih.

Rabu, 2 April 2014

Fungsi 'search' dalam Dronote.

Assalamu'alaikum wr. wb. dan Selamat Sejahtera.

Dronote mempunyai pelbagai fungsi dalam penggunaannya. Salah satu daripadanya ialah fungsi 'search' (mencari). Ianya boleh mencari apa sahaja berdasarkan perkataan atau kata kunci. Hasil cariannya mencakupi semua bab.
Untuk menambahkan keseronokan dalam membuat ulangkaji, kita boleh menggunakan Dronote untuk membuat latihan. Misalnya kalau kita ingin menyelesaikan satu soalan seperti di bawah :
        Apakah kesan dari gerakan Renaisance terhadap masyarakat Eropah?
Untuk memudahkan kita mencari jawapan, kita hanya perlu menaip perkataan 'renaisance' dan hasil cariannya akan keluarlah perkataan 'renaisance'  dari seluruh bab dalam Dronote yang kita muat turun. Kita hanya perlu menekan bab yang kita pilih dan keluarlah 'faktor-faktor' yang kita perlukan bagi menjawab latihan yang diberikan. Mudah bukan!!!
Oleh itu gunakan Dronote secara maksimum dan bacalah dimana sahaja dan bila-bila masa sahaja. InsyaAllah kita akan lebih cemerlang pada masa-masa mendatang.


Ahad, 2 Mac 2014

Cara Mencari dan Install DroNote Dengan Mudah.


Assalamu'alaikum wr. wb. dan Selamat Sejahtera.

Di sini saya ingin memberi panduan bagaimana untuk mencari dronote yang telah saya upload ke Play Store dengan mudah. Berikut adalah langkah-langkahnya :

1. Pergi ke Play Store.
2. Pada butang / ikon SEARCH sila taip Mohd Ruzaini
3. Semua dronote yang di upload di atas akaun saya akan keluar.
4. Pilih mana dronote yang diingini dan INSTALL.
5. Selesai dan anda bolehlah terus menggunakannya secara PERCUMA.

Nilai-Nilai Pendidikan Moral


Assalamu'alaikum wr. wb dan Selamat Sejahtera.

Hari ini saya telah upload dronote 'Nilai-Nilai Pendidikan Moral' khusus untuk pelajar-pelajar yang mengambil subjek Pendidikan Moral Tingkatan 4 dan 5. Terdapat 36 nilai yang perlu dihafal oleh pelajar dan diharapkan dengan adanya dronote ini , pelajar dapat menghafalnya pada bila-bila masa dan di mana juga. Adalah diharapkan juga agar kesemua nilai ini dapat diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian.
Nota Pendidikan Moral akan diupload dalam waktu terdekat.

Ikhlas dari ;

Drs. Mohd Ruzaini AY.

Khamis, 27 Februari 2014

Video Promo DroNote .....

Assalamu'alaikum wr. wb. dan Selamat Sejahtera.
Video di atas adalah video promo untuk DroNote yang saya bina untuk kemudahan seluruh warga pendidikan. Kini saya dalam proses menyiapkan beberapa nota subjek lain untuk diuploadkan ke PlayStore. InsyaAllah minggu depan selesailah tu.

Ikhlas dari,
Drs. Mohd Ruzaini AY

Sabtu, 15 Februari 2014

Perkongsian iMindMap

Assalamu'alaikum wr. wb. dan Selamat Sejahtera.

Kini saya telah mengaktifkan semula blog sulong yang telah lama terabai. Guru dan pelajar bolehlah melapangkan sedikit masa untuk ke http://worksmartbelajar.blogspot.com
Di sana kita akan membuat perkongsian pintar dengan menggunakan iMindMap. Walaupun KPM sedang memperkenalkan iThink di sekolah-sekolah tapi secara peribadi saya lebih suka menggunakan iMindMap kerana ianya telah terbukti di peringkat dunia samada dalam dunia pendidikan maupun dunia koporat.
Melalui perisian yang berasaskan web, maka kita dapat menghasilkan iMind hanya dengan menggunakan smartphone Android, iPad, iPhone dan PC. Kesemua perisian ini boleh diperolehi dari Play Store dan App Store dengan menaip 'imindmap'. Walaubagaimanapun perisian khusus untuk PC dan NB boleh diinstall secara 'trial version' hanya untuk enam hari. selepas itu ianya masih boleh digunakan cuma tidak boleh buat presentation untuk PdP tapi masih boleh dicetak sebagai edaran. Nak beli tu boleh tapi ..... mahal.
Pengguna PC dan NB boleh menggunakan iMindMap web base software. Cuma ada keterbatasan dalam memuatkan grafik. Dalam kelas kita boleh menghasilkannya secara manual di papan putih dan bagi pelajar pula boleh menggunakan kertas A4 dan pensil warna.
Untuk keterangan lanjut bolehlah rajin-rajin ke sana. Saya akan mengaktifkan sebuah akaun Cloud untuk iMindMap supaya guru-guru dan pelajar-pelajar dapat berkongsi iMindMap di dalam Cloud tersebut. Wassalam.

Drs. Mohd Ruzaini AY.

Khamis, 13 Februari 2014

Tasawwur Islam T4

Assalamu'alaikum wr. wb.

Alhamdulillah, hari ini saya telah upload e-book 'Tasawwur Islam T4'. Sesuai untuk pelajar yang mengambil subjek ini dan juga sebagai bacaan bagi mereka yang ingin menambahkan pengetahuan tentang asas-asas dalam Islam. Tasawwur Islam T5 akan menyusul kemudian. Banyak lagi subjek yang akan saya upload ke Play Store. Semuanya dalam proses penyediaan. Sekiranya ada guru / pihak yang ingin nota mereka di e-book dan di upload ke Play Store, bolehlah email saya.

Drs. Mohd Ruzaini Abu Yazid

Jumaat, 7 Februari 2014

Poster DroNote

Assalamu'alaikum wr. wb. dan Selamat Sejahtera.

Di sini saya lampirkan mini poster bagi tujuan mempromosi DRONOTE di kalangan guru dan pelajar di sekolah tuan / puan. Semuanya adalah PERCUMA, yang penting ianya dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.


Ahad, 26 Januari 2014

DRONOTE - membaca tanpa batasan.


Assalamu'alaikum wr. wb dan Selamat Sejahtera.

Tentu anda tertanya-tanya apakah DRONOTE ini? Ianya adalah nota yang disediakan untuk 'smartphone' yang mengunakan OS Android. Oleh itu ianya TIDAK boleh diguna untuk OS lain seperti OS iPhone dan Windows Phone. DRONOTE adalah singkatan dari anDRO NOTE, iaitu Nota Untuk Android.

Smartphone Android sangat popular di kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar. Ini disebabkan harganya yang berpatutan. Jika ditinjau secara rambang peratus pemilikan smartphone ini adalah tinggi. Atas dasar ini maka saya mengambil inisiatif untuk menghasilkan nota untuk smartphone. Kalau kita perhatikan pelajar-pelajar ini amat sukar untuk 'berenggang' dengan gadjet kesayangannya.

DRONOTE 'membaca tanpa batasan'. Ianya membawa erti bahawa para pelajar boleh membacanya pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Praktikal bukan! Bayangkan, dalam sebuah smartphone terdapat banyak mata pelajaran yang boleh dibaca sebagai proses mengulangkaji. Pada fasa awal ini saya telah  menghasilkan 'Nota Padat Sejarah' bagi tingkatan 4 dan 5. Maklum saja, Sejarah merupakan subjek WAJIB LULUS. Bagi mata pelajaran yang lain akan menyusul kemudian ..... sabar.

Cara 'install' adalah mudah, sama sahaja seperti 'install' perisian android yang lain. Pergi sahaja ke PLAYSTORE dan 'search' = 'Nota Padat Sejarah'.... bila sudah jumpa, install saja. Yang paling menggembirakan ..... ianya adalah PERCUMA...... yeah ..... FREE ...

Ada 2 nota yang sudah saya upload ke PLAY STORE :
1. Nota Padat Sejarah T4
2. Nota Padat Sejarah T5

Guru-guru dan pelajar-pelajar install lah. Biarlah kita 'worksmart' bukannya 'workhard'

Jumpa lagi di lain masa. Kalau ada cadangan atau penambahbaikan bolehlah email pada saya.

Wassalam.