Isnin, 13 April 2015

DroNote Versi 2

Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera buat semua warga pendidikan yang saya hormati.

     Sedar atau tidak, dah empat bulan kita berada dalam tahun 2015. Cepatnya masa berjalan. Pejam celik, pejam celik, Peperiksaan Pertengahan Tahun pun hampir tiba.

     Tahun ini saya membuat sedikit pengubahsuaian terhadap DroNote yang saya uploadkan. Versi baharu ini, isi-isi penting atau kata kunci akan diwarnakan dan grafik juga akan dimasukkan bagi menjelaskan lagi penjelasan fakta agar pelajar dapat menghafal fakta berdasarkan 'keyword' dan 'imej'.

     Beberapa subjek baru akan diupload bagi merancakkan lagi pembacaan dan mengulangkaji. Insya Allah diharapkan pada tahun ini tercapailah impian saya untuk menjadikan smartphone sebagai 'one gadjet source' iaitu dengan smartphone, pelajar boleh membaca dan mengulangkaji 'semua' mata pelajaran yang diambil.

     BACALAH di mana-mana sahaja dan BACALAH pada bila-bila masa yang anda suka. Cuma diharapkan sebelum membaca nota yang ringkas dan padat, perlulah anda membaca BUKU TEKS terlebih dahulu.

     Sekian dulu dari saya. Kalau ada maklum balas, bolehlah email saya. Jika terdapat kekurangan dan kelemahan, saya mohon maaf. Saya doakan agar pelajar-pelajar akan sentiasa memperoleh kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi.

    Wassalam.

Jumaat, 26 Disember 2014

SPEED READING .... seronoknya.

Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera.

2015 ... cepatnya masa berlalu. Tahun ini saya ingin memperkenalkan kaedah baru dalam membaca dengan menggunakan smartphone. Tentu ramai yang bertanya kenapa saya terlalu menekankan penggunaan smartphone dalam membaca dan membuat ulangkaji. Sebabnya ... kini ramai pelajar sudah memiliki smartphone, terutama sekali smartphone Android. Kita pun tahu bahawa para pelajar susah nak berenggang dengan HP kesayangan mereka, jadi jika ada bahan bacaan seperti nota maka mereka akan meluangkan masa untuk membacanya walaupun tidak lama. Takkan setiap saat mereka bermain game, berfacebook dan berwhatsapp ...

Speed Reading dengan HP ini sangat mudah digunakan. Bahan bacaannya dapat dimuat turun dari website ini nanti dan saiznya pun kecil. Setelah beberapa percubaan oleh saya dan beberapa orang pelajar, kaedah ini sangat sesuai kerana pelajar dapat memberi tumpuan yang penuh semasa membaca. Pembacaannya pun tidak sama seperti yang biasa kita buat.

Langkah yang perlu dilakukan
1. search Speed Reading pada Play store.
2. Install SPEED READER oleh P Garrison. Ianya percuma dan mudah digunakan.
3. Cuba dulu bahan bacaan yang disediakan dalam SR itu. Bahan bacaan untuk mengulangkaji akan saya upload di website ini kemudian.

Keterangan lanjut bolehlah email saya.

Sekian terima kasih.

Rabu, 2 April 2014

Fungsi 'search' dalam Dronote.

Assalamu'alaikum wr. wb. dan Selamat Sejahtera.

Dronote mempunyai pelbagai fungsi dalam penggunaannya. Salah satu daripadanya ialah fungsi 'search' (mencari). Ianya boleh mencari apa sahaja berdasarkan perkataan atau kata kunci. Hasil cariannya mencakupi semua bab.
Untuk menambahkan keseronokan dalam membuat ulangkaji, kita boleh menggunakan Dronote untuk membuat latihan. Misalnya kalau kita ingin menyelesaikan satu soalan seperti di bawah :
        Apakah kesan dari gerakan Renaisance terhadap masyarakat Eropah?
Untuk memudahkan kita mencari jawapan, kita hanya perlu menaip perkataan 'renaisance' dan hasil cariannya akan keluarlah perkataan 'renaisance'  dari seluruh bab dalam Dronote yang kita muat turun. Kita hanya perlu menekan bab yang kita pilih dan keluarlah 'faktor-faktor' yang kita perlukan bagi menjawab latihan yang diberikan. Mudah bukan!!!
Oleh itu gunakan Dronote secara maksimum dan bacalah dimana sahaja dan bila-bila masa sahaja. InsyaAllah kita akan lebih cemerlang pada masa-masa mendatang.


Ahad, 2 Mac 2014

Cara Mencari dan Install DroNote Dengan Mudah.


Assalamu'alaikum wr. wb. dan Selamat Sejahtera.

Di sini saya ingin memberi panduan bagaimana untuk mencari dronote yang telah saya upload ke Play Store dengan mudah. Berikut adalah langkah-langkahnya :

1. Pergi ke Play Store.
2. Pada butang / ikon SEARCH sila taip Mohd Ruzaini
3. Semua dronote yang di upload di atas akaun saya akan keluar.
4. Pilih mana dronote yang diingini dan INSTALL.
5. Selesai dan anda bolehlah terus menggunakannya secara PERCUMA.

Nilai-Nilai Pendidikan Moral


Assalamu'alaikum wr. wb dan Selamat Sejahtera.

Hari ini saya telah upload dronote 'Nilai-Nilai Pendidikan Moral' khusus untuk pelajar-pelajar yang mengambil subjek Pendidikan Moral Tingkatan 4 dan 5. Terdapat 36 nilai yang perlu dihafal oleh pelajar dan diharapkan dengan adanya dronote ini , pelajar dapat menghafalnya pada bila-bila masa dan di mana juga. Adalah diharapkan juga agar kesemua nilai ini dapat diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian.
Nota Pendidikan Moral akan diupload dalam waktu terdekat.

Ikhlas dari ;

Drs. Mohd Ruzaini AY.

Khamis, 27 Februari 2014

Video Promo DroNote .....

Assalamu'alaikum wr. wb. dan Selamat Sejahtera.
Video di atas adalah video promo untuk DroNote yang saya bina untuk kemudahan seluruh warga pendidikan. Kini saya dalam proses menyiapkan beberapa nota subjek lain untuk diuploadkan ke PlayStore. InsyaAllah minggu depan selesailah tu.

Ikhlas dari,
Drs. Mohd Ruzaini AY

Sabtu, 15 Februari 2014

Perkongsian iMindMap

Assalamu'alaikum wr. wb. dan Selamat Sejahtera.

Kini saya telah mengaktifkan semula blog sulong yang telah lama terabai. Guru dan pelajar bolehlah melapangkan sedikit masa untuk ke http://worksmartbelajar.blogspot.com
Di sana kita akan membuat perkongsian pintar dengan menggunakan iMindMap. Walaupun KPM sedang memperkenalkan iThink di sekolah-sekolah tapi secara peribadi saya lebih suka menggunakan iMindMap kerana ianya telah terbukti di peringkat dunia samada dalam dunia pendidikan maupun dunia koporat.
Melalui perisian yang berasaskan web, maka kita dapat menghasilkan iMind hanya dengan menggunakan smartphone Android, iPad, iPhone dan PC. Kesemua perisian ini boleh diperolehi dari Play Store dan App Store dengan menaip 'imindmap'. Walaubagaimanapun perisian khusus untuk PC dan NB boleh diinstall secara 'trial version' hanya untuk enam hari. selepas itu ianya masih boleh digunakan cuma tidak boleh buat presentation untuk PdP tapi masih boleh dicetak sebagai edaran. Nak beli tu boleh tapi ..... mahal.
Pengguna PC dan NB boleh menggunakan iMindMap web base software. Cuma ada keterbatasan dalam memuatkan grafik. Dalam kelas kita boleh menghasilkannya secara manual di papan putih dan bagi pelajar pula boleh menggunakan kertas A4 dan pensil warna.
Untuk keterangan lanjut bolehlah rajin-rajin ke sana. Saya akan mengaktifkan sebuah akaun Cloud untuk iMindMap supaya guru-guru dan pelajar-pelajar dapat berkongsi iMindMap di dalam Cloud tersebut. Wassalam.

Drs. Mohd Ruzaini AY.